Kematian Ibu

Seminit selepas anda membaca fakta ini, akan ada seorang wanita yang bergelar ibu akan meninggal dunia. Memang begitulah faktanya, dianggarkan kira-kira 500,000 orang ibu meninggal dunia setiap tahun. Angka ini bersamaan dengan seorang ibu berakhir hayat hidupnya setiap seminit. Ini juga bererti setiap 60 saat, sebuah keluarga akan menangisi pemergian insan tersayang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Paling Lama Dipinjam

Sebuah buku bertajuk 'History of England' yang ditulis oleh Bishop White Kennet dimasukkan ke dalam senarai pemegang rekod dunia kerana ia hanya dipulangkan selepas 233 tahun dipinjam oleh seseorang. Buku tebal itu hanya dikembalikan ke Universiti Harvard oleh orang yang menjumpainya, kerana peminjam asal sudah lama meninggal dunia.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Bill Gates dan Kewangannya

1). Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!
2). Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.
3). Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.
4). Andai kata, dia sedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.
5). Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia?.
6). Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.
7). Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Ikan Lumba-Lumba Unik

Biasanya ikan lumba-lumba berwarna kelabu, putih dan kuning, tapi di perairan Hong Kong dan Macau terdapat kira-kira 350 ekor ikan lumba-lumba berwarna merah jambu. Warnanya sangat menarik. Malangnya spises unik ini sedang diancam kepupusan akibat pencemaran alam.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Planet

Hanya dua daripada sembilan planet di cakerawala ini yang tidak mempunyai bulan, iaitu Merkuri dan Venus

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahli Astronomi

Abdar Rahman as-Sufi adalah ahli astronomi terkenal Parsi. Hasil kerjanya sangat banyak, termasuk membetulkan pendapat Ptolemy, mengira tempoh panjang tahun tropika, menerangkan mengenai posisi, magnitud dan warna buruj serta memperincikan galaksi Andromeda dan gugusan Collinder 399. Di Barat nama beliau dikenali sebagai Azophi dan tokoh terbilang ini meninggal dunia pada 25 Mei 986. Sumbangannya cukup besar, malangnya nama Azophi cuma diabadikan pada salah satu kawah yang terdapat di bulan!

Published with Blogger-droid v2.0.6