20 Fakta Menarik Tentang Malaysia

1. Malaysia sebenarnya bermula dengan nama Tanah Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan di rantau ini. Namanya popular dikalangan pedagang-pedagang asing masa dulu sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan pelbagai nama seperti I-Tsing (di kalangan negara China, India dan Barat), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

2. Mengikut sejarah, Melayu dirujuk lebih kepada nama tempat bermula abad ke-6 hingga ke-10. Pada abad ke-11, barulah Melayu menjadi rumpun bangsa Melayu.

3. Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Malaya di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 hb Feb, 1956.

4. Pada tahun 31 hb Ogos,1957 adalah hari Merdeka untuk Malaya daripada jajahan British tetapi Malaysia terbentuk melalui gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Singapura. Brunei menolak daripada menyertai gabungan tersebut. Namun, pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.

5. Lembah Bujang yang terletak di sepanjang kaki Gunung Jerai adalah lokasi Empayar Melayu Langkasuka iaitu Kerajaan Kedah Tua lebih kurang 1500 tahun yang lalu. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal “Bujang” atau “Bhujangga” yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat.

6. Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16 hb September, 1963. Ianya direka seorang Arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru iaitu En. Mohamad bin Hamzah. Rekabentuk asalnya ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.Rekabentuk asal ini telah melalui beberapa pindaaan dan pada akhirnya Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950. Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.

7. Pejabat Dearah Kuala Kangsar adalah tempat terakhir di mana pokok getah hidup yang asal telah ditanam. Poko getah ini telah dibawa masuk oleh H. N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.

8. Dokumen-dokumen China yang ditulis seawal abad ke-6 menyatakan bahawa nama Kelantan pernah disebut sebagai Ho-Lan-Tan disamping nama-nama lain seperti Tan-tan dan Chich-tu.

9. Wayang pertama yang ditayangkan di Malaya adalah pada tahun 1933 iaitu filem Laila Majnun, berasaskan kepada persembahan Wayang Sanskrit yang diarah oleh B.S. Rajhann dan diterbitkan oleh sebuah syarikat bernama Motilal Chemical Company yang berpengkalan di Singapura.Filem ini dibintangi oleh M. Suki, Fatimah Jasmin, Syed Ali Mansoor Al Attas. Pada tahun 1962, filem bertajuk yang sama telah dibuat semula oleh Cathay Keris Production, Malaya. Ianya dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar dengan arahan oleh B.N. Rao.

10. Penang Free School merupakan Sekolah Inggeris Tertua di Asia Tenggara. Ianya diasaskan oleh Paderi Sparke Hutchings pada tahun 1816.

11. Nasi Kandar, sejenis masakan tersohor di kalangan penduduk Malaysia sekarang pada asalnya dibawa masuk ole pendatang India Muslim di mana yang terbaik adalah di Pulau Pinang dengan keistimewaan bahan-bahan masakan tersendiri. Antara kedai-kedai nasi kandar tersohor ialah di Flet Kampung Melayu, di Ayer Hitam, Line Clear di Jalan Penang dan bertentangan dengan Pasar di Jelutung.

12. Waktu tempatan di Malaysia telah diubah beberapa kali sepanjang sejarah Malaysia. Pada tahun 31 hb Disember, 1930, waktu tempatan telah dipercepatkan sebanyak 0 minit untuk memanjangkan waktu siang; pada 1 hb September, 1941, ianya ditambah lagi 10 minit. Pada tahun 1942, semasa pemerintahan Jepun, waktu di Malaya telah dipercepatkan kedepan sebanyak 2 jam untuk disamakan dengan waktu di Jepun. Tahun 1945, ianya telah diundur balik 2 jam seperti pada tahun 1941.dan pada 1 hb Januari, 1982, waktu di Semenanjung Malaysia telah dipercepatkan 30 minit untuk menyeragamkan waktu ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjadikan ia sebagai waktu standard Malaysia.

13. Kota Bharu merupakan tempat bermulanya Tentera Jepun mendarat di Malaysia semasa Perang Dunia ke-2 pada tahun 1941. Pendaratan tentera Jepun melalui darat bermula di Singora, Thailand dan pendaratan Jepun melalui udara melalui Pantai Sabak, Kota Bharu. Dengan hanya menggunakan basikal (istilah – Bicycle Blitzkrieg), tentera Jepun mengambil masa selama 45 hari untuk maju ke Singapura (di mana ia merupakan Pusat ke terpenting dalam Empayar British selepas London) dan berjaya menaklukinya.

14. Landasan keretapi pertama dibina di Malaya adalah di antara Port Weld (sekarang – Kuala Sepetang) ke Taiping, pada tahun 1885 dan ianya sepanjang 13.6km.

15. Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur mencatatkan rekod sebagai lapangan terbang pertama di negara ini dan pada 1.8.1956 ia telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa, dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000. Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan Terbang Sungai Besi ini berukuran 6,200 kaki panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30an.

16. Kok Shoo Yin merupakan pemegang Sijil Warganegara Malaysia yang pertama di Malaysia apabila dia menerima Sijil tersebut pada 14 hb November, 1957.

17. Tahukah anda bahawa tarikh asal untuk penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah pada 31 hb Ogos, 1963. Namun apabila tarikh tersebut tiba dan perbincangan tidak selesai, penubuhan Malaysia ditangguh kepada 16 September, 1963. Walau bagaimanapun, Singapura di bawah Lee Kuan Yew telah mengisytihar merdeka pada 31 Ogos 1963 iaitu 2 minggu lebih awal daripada tarikh penubuhan yang ditetapkan.

18. Bintang Tiga adalah nama panggilan Tentera Malaya Anti-Jepun (MPAJA), sebuah sayap tentera Parti Komunis Malaya (PKM). Lambang Bintang Tiga itu adalah untuk mewakili tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Namun PKM yang ditubuhkan di Kuala Pilah pada tahun 1930 didominasi oleh kaum Cina kerana pada asalnya ia pun adalah Parti Komunis Nanyang yang merupakan sayap kiri Parti Nasionalis China (Kuomintang). Tetapi di Tanah Melayu, tanpa penyertaan orang Melayu, tidak ada parti politik yang boleh berjaya.Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis.

19. Yap Ah Loy atau nama sebenarnya Yap Tet Loy di Wilayah Kwangtung, China pada tahun 1837. Beliau berasal daripada sebuah keluarga petani yang miskin dan tidak pernah bersekolah. Pada usia 18 tahun, beliau datang ke Malaya untuk bekerja di sebuah lombong bijih timah di Durian Tunggal, Melaka dan kemudiannya mengahwini Kok Kang Keown, seorang gadis tempatan Melaka.Setelah beliau dilantik sebagai Kapitan Cina Sungai Ujong, Kapitan Cina Kuala Lumpur pada masa itu, Liu Ngim Kong, mempelawa beliau ke Kuala Lumpur untuk membantu pengurusan perniagaannya. Yap Ah Loy menjadi warga yang terkenal di Kuala Lumpur dan beliau telah membina Kuil Sze Si Yeah. Keberanian dan kepimpinannya telah membawa kepada perlantikannya sebagai Kapitan Cina Kuala Lumpur pada tahun 1868 pada usia 31 tahun. Beliau telah berjaya mengembangkan Kuala Lumpur sehingga menjadi sebuah bandar yang maju dan terkenal sehingga menarik minat ramai untuk berhijrah ke sana. Seterusnya pada tahun 1881, beliau memperkenalkan pam kuasa wap yang pertama di Malaya. Pada tahun 1884 pula, beliau mengasaskan sekolah Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun 1885, Yap Ah Loy meninggal dunia pada usia 48 tahun.

20. Melaka digelar sebagai Bandar Melaka Bersejarah kerana mempunyai banyak peninggalan sejarah da

Published with Blogger-droid v2.0.9

Pertama Dalam Islam

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Published with Blogger-droid v2.0.9

FAKTA PEMIMPIN DUNIA

TAHUKAH ANDA??
1. Dialah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.
2. Dia jugalah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seislam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” -kata beliau.
3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.
4) Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.
5) Dia jugalah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6) Dia jugalah yg mempertaruhkan nyawa isterinya menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.
7) Dialah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.
8) Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9) Dialah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.
10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Siapa dia? Ya.. dialah..
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PM MALAYSIA dan DIHORMATI PEMIMPIN ISLAM SELURUH DUNIA.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Musang

Musang terbang gergasi yang hidup di hutan belantara Indonesia mempunyai 'sayap' sepanjang hampir dua meter.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Setitik Air

Bakteria adalah sel bebas yang paling kecil. Dianggarkan terdapat 50 juta bakteria dalam setitik air.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahli Falsafah

Ahli falsafah terkenal Cina, Confucius bekerja sebagai penyelia ladang jagung ketika beliau berusia 16 tahun.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Meludah Biji

Semasa diadakan satu pesta di Maine, Jerman, seorang budak lelaki telah mengejutkan orang ramai apabila meludah biji tembikai sejauh 13 meter.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tabiat Penulis

Penulis terkenal Jerman, Johann Wolfgang von Goethe (1749-1832) tidak suka dengan bunyi anjing menyalak dan dia hanya dapat berkarya kalau ada sebiji epal di sisinya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Setem

Great Britain adalah negara pertama yang mengeluarkan setem. Bagaimanapun, setem-setem itu tidak mencatatkan nama negara berkenaan, sebaliknya meletakkan gambar muka keluarga diraja.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rekod Dunia

Guiness Book Of Records memegang rekod dunia sebagai buku yang paling kerap hilang di perpustakaan awam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kematian Ibu

Seminit selepas anda membaca fakta ini, akan ada seorang wanita yang bergelar ibu akan meninggal dunia. Memang begitulah faktanya, dianggarkan kira-kira 500,000 orang ibu meninggal dunia setiap tahun. Angka ini bersamaan dengan seorang ibu berakhir hayat hidupnya setiap seminit. Ini juga bererti setiap 60 saat, sebuah keluarga akan menangisi pemergian insan tersayang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Paling Lama Dipinjam

Sebuah buku bertajuk 'History of England' yang ditulis oleh Bishop White Kennet dimasukkan ke dalam senarai pemegang rekod dunia kerana ia hanya dipulangkan selepas 233 tahun dipinjam oleh seseorang. Buku tebal itu hanya dikembalikan ke Universiti Harvard oleh orang yang menjumpainya, kerana peminjam asal sudah lama meninggal dunia.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Bill Gates dan Kewangannya

1). Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!
2). Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.
3). Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.
4). Andai kata, dia sedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.
5). Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia?.
6). Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.
7). Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Ikan Lumba-Lumba Unik

Biasanya ikan lumba-lumba berwarna kelabu, putih dan kuning, tapi di perairan Hong Kong dan Macau terdapat kira-kira 350 ekor ikan lumba-lumba berwarna merah jambu. Warnanya sangat menarik. Malangnya spises unik ini sedang diancam kepupusan akibat pencemaran alam.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Planet

Hanya dua daripada sembilan planet di cakerawala ini yang tidak mempunyai bulan, iaitu Merkuri dan Venus

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahli Astronomi

Abdar Rahman as-Sufi adalah ahli astronomi terkenal Parsi. Hasil kerjanya sangat banyak, termasuk membetulkan pendapat Ptolemy, mengira tempoh panjang tahun tropika, menerangkan mengenai posisi, magnitud dan warna buruj serta memperincikan galaksi Andromeda dan gugusan Collinder 399. Di Barat nama beliau dikenali sebagai Azophi dan tokoh terbilang ini meninggal dunia pada 25 Mei 986. Sumbangannya cukup besar, malangnya nama Azophi cuma diabadikan pada salah satu kawah yang terdapat di bulan!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Semuanya Pada Hari Jumaat

George Washington lahir pada hari jumaat. Menang kerusi Yorktown pada hari jumaat. Dipilih menjadi Presiden Amerika pada hari jumaat. Melantik menteri kabinetnya Alexander Hamilton pada hari jumaat. Meletak batu asas pembinaan White House kediaman rasmi Presiden pada hari jumaat dan menyempurnakan hari terakhir tugas Presiden juga pada hari jumaat.

Published with Blogger-droid v2.0.6

99 Fakta Ramadhan Di Dunia


Sempatkah kita berpikir atau sedikit berhayal, apa yang umat Islam lakukan di Dunia saat Ramadhan tiba (?) Pastinya kita akan banyak menemukan keunikan, keragaman dan keanehan. Rasanya kita setuju bahwa planet bumi yang kita pijaki ini memiliki satu bulan, tapi fakta bulan yang menempatkan pada waktu Ramadhan itu memiliki jutaan keragaman aktivitas dengan tujuan yang satu, puasa dan peningkatan spritual yang seragam di bulan itu. Untuk mengetahui aktivitas apa saja yang akan dilakukan muslim di Dunia pada Ramadhan, marilah kita simak fakta dari budaya, kebiasaan, candaan, atau hal-hal lainnya tentang Ramadhan yang dikumpulkan oleh team dan perwakilan Cordova di belahan bumi.
Amerika
1. Puasa tahun ini sampe 15 jam
2. Ramadhan tepat di puncak Summer
3. Tidak terdengar suara adzan, tidak ada kentungan atau imsak
4. Buka puasa dengan hotdog, or burger
5. Suasananya seperti bulan biasa
6. Masjid Nurul Mustafa, di pinggir kota Johnston County, North Carolina, selalu marak saat ramadhan dengan lampu-lampu hias.
Australia
7. Jangan telat sholat Tarawih di Masjid Lakemba, coz parkir mobilnya Selalu penuh.
8. Belanja Persiapan Buka Puasa di Toko Asia di Perth
9. Masjid Gold Coast selalu ramai jemaah saat waktu buka puasa
10. Selalu ditemukan remaja muslim yang menggenakan busana muslimah di Mall-mall
11. Houssam Dannaoui dari Medina Halal Meats bekerja dua kali lebih keras selama 30 hari Ramadhan
12. 30 Masjid di Melbourne dan sejumlah ruangan yang biasa dipakai shalat berjemaah selalu hangat dan ramai, seperti di Flemington dan Roxburgh Park
13. Steak dan kurma menjadi Menu favorit buka puasa di Australia
14. Muslim Australia ingin lebih banyak membaca atau memastikan bahwa mereka memiliki pakaian bagus untuk pergi ke masjid, karena tidak semua orang memakai jilbab sepanjang tahun.
15. Rumah makan menjadi pusat iftar (buka puasa) dan berjalan di seluruh kota
16. Wakil Presiden ICV (Islamic Centre Victoria) mengatakan kalau seluruh keluarganya berprilaku lebih baik selama bulan Ramadhan.
17. Di Canberra tidak ada perbedaan awal puasa.
Rusia
18. Puasa di Negeri Beruang putih tahun ini selama 17 jam
19. Buka puasa di masjid Yarjam, sebelah utara Moskow sangat menyenangkan. Umat Islam berkumpul hampir disetiap waktu sholat. Terlebih saat waktu buka puasa
20. Di masjid Yarjam terdapat Al-Quran terjemahan bahasa Indonesia.
21. Hampir di setiap masjid terdapat bazaar-bazaar dadakan setiap Ramadhan tiba. Mereka menjual buku-buku islami, souvenir, minyak wangi dan kopiah.
22. Di Rusia kini terdapat 8000 masjid, dan 20 juta muslim. Dua juta diantaranya berada di Moscow. Sehingga pada Ramadan, kota ini sangat semarak dengan nuansa Islami
Antartica
23. Aplikasi pengingat waktu sholat jadi andalan, begitu pun waktu berbuka maupun sahur.
24. Buka puasa dengan kopi atau teh hangat. Jika ada, bandrek atau bajigur menjadi minuman favorit.
Kanada
25. Komunitas muslim yang terbanyak di Toronto
26. Waktu puasa 14 jam, dari pukul 05.00 – 21.00
27. Menu khas buka puasa Kebab
28. Menjelang Iedul Fitri selalu ada Canada Exhibition, tempatnya di Rogger Centre. Selalu juga dikunjungi oleh pejabat teras.
Inggris
29. Mahasiswa muslim di University of Glasgow dapat menikmati buka puasa nasi kari ala Pakistan dan kurma di Masjid dan Islamic Center Kampus.
30. Organisasi-organisasi muslim di Inggris kerap mengadakan acara diskusi keislaman setiap Ramadhan tiba di setiap masjid.
Turki
31. Hidangan buka puasa di Turki menjadi sesuatu yang sangat menarik, karena hampir semua restoran yang ada menawarkan menu khusus yang sama.
32. Menu yang sering dihidangkan saat berbuka puasa adalah ‘Iftariye’ atau appetizer Plater. Terdiri dari kurma, zaitun, keju, pastirma, sujuk, roti pide dan juga berbagai kue-kue yang disebut “borek”.
33. Menu yang biasa disantap saat sahur adalah Makarna (makaroni) atau pilav (nasi Turki) dan yang spesial adalah Hosaf (komposto), semacam manisan buah-buahan.
34. Semarak Ramadhan di Turki mirip dengan di Indonesia, karena mayoritas penduduk Turki adalah muslim, maka hampir di setiap jalan dan masjid-masjid di Turki terang dengan lampu-lampu khas Ramadhan di Timur Tengah.
35. Di area Blue Mosque menjadi tempat favorit untuk menunggu waktu berbuka puasa
36. Buka puasa gratis di tenda iftar Blue Mosque
37. Setiap Kadir Night “Malam Lailatul Kadar” di masjid-masjid besar selalu di perlihatkan janggut Rasulullah SAW.
38. Televisi-televisi di Turki menayangkan aneka acara untuk menemani masyarakat santap sahur.
39. Masyarakat Turki lebih memilih minum teh saat berbuka maupun sahur.
40. Hiburan malam masih beroperasi
Kosovo
41. Ramadan di negara ini akan menjadi sangat sibuk bagi para cendikiawan muslim, sebabnya mereka harus berdakwah ke semua pelosok negeri untuk mengisi dan meramaikan masjid-masjid.
42. Setiap tahunnya, di bulan Ramadhan, para cendikiawan dan para dermawan mengumpulkan dan mendistribusikan sekitar 20 ton daging untuk kaum duafa, rumah-rumah sakit, lembaga untuk orang-orang cacat dan kantin mahasiswa Pristhina.
43. Nuasa Ramadan begitu terasa di Kosovo di mana banyak toko-toko yang sudah menjual makanan khas tradisional, kurma dan bermacam-macam permen.
Jepang/Jepun
44. Dorayaki jadi menu khas berbuka puasa
45. Masjid Jami Yoyogi, salahsatu masjid di sebelah Selatan Tokyo menjadi tempat menarik menanti waktu berbuka puasa (ngabuburit).
46. Setiap Ramadhan selalu ada agenda KMII (Komunitas Muslim Islam Indonesia) yang dihadiri bukan hanya WNI, tetapi muslim pribumi juga muslim dari negara lainnya. Acara rutin per-minggu itu selalu diadakan di masjid sambil buka bersama.
47. Sedikit sulit mencari masjid untuk shalat tarawih
Pakistan
48. Tidak ada berbuka puasa di Pakistan tanpa Samosa, warung Samosa yang bertebaran di Bulan Puasa menawarkan versi pedas dan manis. Samosa semacam roti yang dicampuri kacang dan daging.
49. Pakora plus saus hijau jadi cemilan saat sahur
50. Toko-toko di siang kebanyakannya tutup. Dan mulai buka setelah sholat Ashar hingga tengah malam
51. Hampir seluruh masjid baik di Islamabad maupun di kota-kota besar lainnya seperti Peshawar, Lahore, Multan, Karachi, menyediakan iftar jama’i (buka bersama) dengan menu andalan Chawal Briyani (Nasi Briyani ). Untuk ta’jil (hidangan pembuka) penduduk Pakistan selalu menghidangkan makanan tradisional ala sub-kontinen Pakoura dan Samosa
52. Menjelang akhir Ramadhan, seluruh masjid menyelenggarakan Sabina (mengkhatamkan al-Qur’an ) yang dibaca dalam sholat tarawih selama tiga hari menjelang akhir Ramadhan.
India
53. Adzan Maghrib hanya dikumandangkan di masjid dan daerah-daerah yang populasi umat Islamnya besar, seperti Hyderabad, Mumbai, New Delhi dan Kashmir
54. Waktu sahur pukul 05.15, dan waktu Maghrib pukul 18.30. Hampir sama dengan Indonesia.
55. Berpenduduk sekitar 1,1 Miliar (Jumlah penduduk terbesar kedua setelah Cina), dengan penduduk Muslim sekitar 156 Juta. Namun nuansa Ramadhan masih terasa hangat.
56. KBRI New Delhi dan KJRI Mumbai kerap melaksanakan sekaligus menjadi pusat rangkaian acara kegiatan selama Ramadhan.
57. Di Ikhla dan Jama Masjid, Delhi. Sepanjang Ramadhan menjadi tempat berkumpul bagi para mahasiswa dan masyarakat Indonesia. Karena kemudahan dalam memperoleh makanan khas ramadhan.
Jordan
58. Mansaf adalah hidangan khas Jordan. Terdiri dari daging domba yang dibumbui dengan rempah-rempah. Selalu tersedia untuk menu buka puasa.
59. Qantayyif adalah pancake lezat rasa kayu manis diisi dengan kenari dan gula. Selalu ada untuk ta’jil puasa.
60. Masjid Universitas Yarmouk selalu ramai dan padat saat tarawih dan itikaf di sepuluh hari terakhir Ramadhan
61. Mahasiswa Indonesia atau Warga Asing sering menjadi ‘selebritis dadakan’, karena sering diundang pada acara buka puasa di stasiun TV atau Radio. Juga orang Arab yang berebutan ingin mengundang buka puasa di rumahnya.
Palestina
62. Lentera dan lampu-lampu menyala di sudut-sudut lorong di kota Gaza
63. Tahun ini, sebagian rakyat gaza mengatakan bulan puasa akan berlangsung sulit. Selain cuaca sangat panas, di Gaza sering terjadi pemadaman listrik. Itu akibat bahan bakar yang minim di wilayahnya.
64. Suhu sangat tinggi, tidak ada kipas angin, tidak ada pendingin ruangan, dan tidak bisa menyimpan makanan di kulkas, karena tidak ada listrik.
65. Tahun ini warga Gaza kembali menikmati produk kemasan, seperti minuman kaleng, jus, selai dan manisan. Sebelumnya produk-produk itu tidak bisa masuk Gaza, karena diblokade tentara Israel.
66. Di kota tua Yerusalem, warga memadati gerbang Damaskus, pintu masuk ke pusat muslim. Mereka belanja beragam makanan yang menjadi santapan khas berbuka puasa
67. Di Masjid Al-Aqso umat Islam penuh dan padat sepanjang hari selama bulan Puasa.
Egypt
68. Fenomena ‘Maidah Rahman’ (hidangan kasihsayang), buka puasa gratis (ta’jil dan makan) di setiap Masjid dan tenda-tenda yang tersedia.
69. Polisi lalu lintas tanpa sungkan memegang mushaf Al-Quran dan membaca-nya di sela tugas di jalanan ibukota.
70. Penumpang bus berdesakkan sembari membaca Al-Quran dengan mushaf ditangannya.
71. Maraknya lampu dan lentera vinus bertuliskan ‘Ramadan Kareem’
72. Menjelang waktu Maghrib (buka puasa) jalanan kosong. Semua orang berhenti untuk berbuka puasa
Arab Saudi
73. Jumlah jemaah yang berada di Masjidil Haram dan kawasannya, lebih banyak saat Ramadhan ketimbang waktu musim haji. Karena saat haji, jemaah tidak berkumpul hanya di Makkah (Masjidil Haram). Berbeda dengan bulan puasa, mayoritas jemaah berada di Masjidil Haram.
74. Saat waktu buka puasa lebih dari 12.000 meter taplak meja dibentangkan setiap hari di areal Masjid. Petugas menyediakan makanan berbuka di Masjidil Haram, Kerajaan Saudi dan para dermawan mengeluarkan dana setiap hari mencapai sekitar setengah juta riyal Arab Saudi (sekitar 134.000 dolar AS) atau setara Rp 1,2 miliar.
75. Jumlah kurma yang dikonsumsi setiap hari oleh orang yang berbuka puasa di Masjidil Haram diperkirakan berjumlah lebih dari 5 juta buah. Artinya, dengan 1,2 juta orang Muslim yang mengerjakan shalat di Masjidil Haram, jumlah itu berarti sama dengan tiga kurma untuk setiap orang.
76. Penduduk asli berebutan mengajak WNA untuk berbuka puasa
77. Tarawih satu malam satu juz, sehingga selama Bulan Ramadhan khatam Al-Qur’an
78. Pahala umrah, puasa, ibadah lainnya di Masjidil Haram semakin berlipat
79. Setelah sholat Tarawih di Masjidil Haram, malamnya ada shalat Qiyamul Lail berjemaah
80. Harga-harga hotel melambung tinggi, tentunya berbeda dengan di Indonesia yang mengadakan promo saat bulan puasa.
81. Pengemis marak disepanjang jalur menuju Masjid
82. Ta’jil dengan kurma, gahwah (kopi khas Arab) dan air Zam-Zam
83. Syeikh Sudais (Imam Masjidil Haram) selalu memberikan infak, shadaqah dan zakat kepada ribuan mahasiswa di Timur Tengah
84. Harga-harga makanan dan bahan pokok kebutuhan rumahtangga stabil, bahkan tidak jarang memberikan diskon-diskon besar
85. Pertokoan dan dunia kerja lainnya, umumnya dimulai menjelang buka hingga waktu sahur.
Indonesia
86. Tetap semangat kejar setoran
87. Tiket KA ‘ludes’ 40 hari sebelum lebaran
88. Mudik menjadi budaya di akhir Ramadhan
89. Macet menjadi fenomena di setiap mudik dan arus balik
90. Kolak dan es buah menu favorit buka puasa
91. Pengemis marak di setiap traffic light dan masjid-masjid besar
92. Pesantren kilat menjamur
93. Masjid-masjid penuh di awal hingga pertengahan Ramadhan
94. Semangat ngaji dan tarawih
95. Meski dilarang, petasan menjadi suara khas di bulan Ramadhan
96. Siaran TV dan selebritis negeri menjadi sangat Islami
97. Harga Sembako naik tinggi setiap akhir Ramadhan
98. Ketupat menjadi makanan khas lebaran
99. Ucapan selamat hari raya yang ramai di sms mobile
Tentunya masih banyak aktivitas dan fenomena berpuasa di belahan bumi lainnya. Jika memiliki data, info ataupun pengalaman puasa di negeri orang. Bisa komunikasikan dengan kami.

sumber fakta : Cordova-Travel.com

FAKTA RINGKAS PUASA DI BULAN RAMADHAN


PENSYARIATAN PUASA DI BULAN RAMADHAN
Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan ramadhan semenjak  bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 surah al-baqarah, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”. Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: “Bulan ramadhan yang diturunkan al quran …” Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkâm (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat.
PUASA DI BULAN RAMADHAN ADALAH SALAH SATU RUKUN ISLAM
Sabda rasulullah s.a.w.: Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah  dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu(Riwayat Bukhari & Muslim)
MAKSUD PUASA RAMADHAN
Puasa  dalam bahasa Arab disebut ØµÙŠØ§Ù… Shiyâm atau  ØµÙˆÙ… Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan ØµÙˆÙ… Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan Ø±Ù…ضانberasal dari kata dasar Ø±Ù…ض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat. Ini kerana letaknya bulan ramadhan  pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan ramadhan ialah ; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Bersahur Itu Berkat
Dari Amr bin ‘Ash r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahwa Aku masuk menemui Nabi s.a.w. , ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda, yang ertinya: “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: “Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur” .
Adab-adab Berbuka Puasa
1. Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk.                  (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakiem)
2. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih.    (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)
3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar: Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo’a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. (Riwayat Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)
4. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).              (Riwayat Bukhary dan Muslim)
Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Ramadhan
1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur’an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim. (H.R.: Al-Bukhary)
2. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda: Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. (H.R.: Jama’ah)
3. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan isterinya ( agar beribadah ) dengan mengetatkan ikatan sarungnya (tidak mengauli isterinya). (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
4. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata: Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. (H.R.: Muslim)
5. Diriwayatkan dari Abu salamah din Abdur Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah saw di bulan Ramadhan? maka ia menjawab: Rasulullah saw tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka’at baik di bulan Ramadhan maupun di bulan lainnya, caranya: Beliau shalat empat raka’at jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka’at jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka’at. (H.R.: Al-Bukhary,Muslim dan lainnya)
6. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka’at yang ringan, kemudian shalat delapan raka’at, kemudian shalat witir. (H.R.: Muslim)
7. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata: Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam? Maka Rasulullah saw menjawab: Shalat malam itu dua raka’at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka’at. (H.R.: Jama’ah)
8. Dari Ubay bin Ka’ab t. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. shalat witir dengan membaca: (Sabihisma Rabbikal A’la) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (H.R.: Ahmad, Abu Daud, Annasa’i dan Ibnu Majah)
9. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah saw. bersabda: Saya pun bermimpi seperti mimpimu, ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia (lailatul qadar) pada malam-malam ganjil. (H.R.: Muslim)
10. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata: Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar, apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda: Bacalah (ertinya) Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R.: At-Tirmidzi dan Ahmad)
Antara Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan
  1. Diturunkan kitab al quran, injil, taurat dan zabur
  2. Berlaku peperangan Badar al Kubra
  3. Pembukaan Kota Mekah
  4. Perjalanan Nabi Muhamamad dan Muslimin ke Tabuk Melawan Rom
  5. Islam sampai ke Yaman
  6. Khalid Al Walid meruntuhkan berhala al Uzza
  7. Penyerahan diri (masuk Islam) penduduk Taif kepada rasulullah
  8. Pembukan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq bin Ziyad
  9. Tentera Islam pimpinan Sultan Qutuz mengalahkan tentera Mongol di Ain Jalut
  10. Tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya  mengalahkan tentera Rusia dalam peperangan Yakhliz
  11. Tertawannya sempadan Bar Lev, di Israel dalam peperangan Yom Kippur (peperangan Arab-Israel, Perang Oktober, Perang Ramadhan 1973)
Adab Menyambut Hari Raya
  1. Isilah hari-hari terakhir Ramadan dengan memperbanyak ibadah salat sunat, zikir, permohonan ampun, membaca Alquran dan sejumlah kebajikan lainnya;
  2. Jangan berperilaku konsumtif dengan berbelanja hal-hal yang kurang / tidak diperlukan;
  3. Sejauh mungkin hindarkan diri dari berhutang atau kredit barang-barang yang tidak menjadi prioritas dalam berlebaran, agar nantinya tidak direpotkan dengan membayar hutang / angsuran;
  4. Jangan membazir / boros dalam memenuhi keperluan hidup sehari-hari atau dalam menyambut lebaran. Allah swt, berfirman dalam Alquran, mengingatkan bahwa orang mubazir itu adalah teman setan (QS 17:27-28);
  5. Sempatkan diri untuk berziarah kubur, guna mengingatkan diri bahwa pada akhirnya semua manusia akan mengalami kematian, disamping tentunya mendoakan bagi yang diziarahi serta kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia umumnya;
  6. Hidupkan malam Hari Raya dengan melakukan amal-amal ibadah seperti mendirikan sembahyang fardu secara berjamaah, melakukan salat sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadirat Ilahi dan melakukan bentuk-bentuk kebajikan lainnya.
  7. Jangan lupa membayar zakat fitrah. Jika telah memenuhi persyaratan yang ditentukan dalam hal zakat, jangan lupa untuk membayar zakat harta.
(hasil sumbangan Ustaz Norman )
Sumber dari blog : ISMAKUANTAN

10 Fakta atau Auta PUASA Yang Patut Anda Ketahui



1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarkan badan.

Auta: Mandi ketika puasa adalah makruh.

Fakta: Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas. 

2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga yang berlubang.

Auta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa.

Fakta: Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian rupa. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh.

3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Auta: Wajib atau sunat untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu imsak sebagai langkah berjaga-jaga.

Fakta: Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.

4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.

Auta: Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.

Fakta: Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. 

5. Merasai makanan dengan lidah.

Auta: Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.

Fakta: Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan). 

6. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub.

Auta: Seseorang yang berjunub saat masuknya waktu subuh dikira terbatal puasanya.

Fakta: Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah shallahu’alaihi wasallam, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa.

7. Bolehkah bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika puasa?

Auta: Tidak boleh, batal sekiranya bercumbu. Bukankah bulan puasa bulan menahan syahwat?!

Fakta: Hal ini mempunyai hukum yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing. Bagi yang dapat mengawal gelojak nafsu agar dengan cumbuan itu tidak menjurus kepada persetubuhan, maka dipersilakan. Tapi, buat yang tidak mampu, maka dia dimakruhkan sama sekali.

8. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa.

Auta: Boleh menyebabkan batal atau kurang pahala puasa. Ditakuti tertelan ubat gigi berperisa strawberi.

Fakta: Tidak mengapa menggosok gigi bahkan digalakkan. Lagipun Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, sedangkan gigi yang kuning melambangkan empunya diri yang kurang menjaga kebersihan.

9. Lafaz niat puasa.

Auta: Wajib untuk melafazkan niat puasa iaitu “nawaitu shauma qhadin…”. Bagi yang tidak melafazkannya, maka puasanya tidak dikira kerana setiap perkara dimulakan dengan niat.

Fakta: Tiada lafaz niat puasa, ini hanyalah bid’ah yang diada-adakan. Bahkan niat itu tempatnya di hati. Sesiapa saja yang terlintas di hatinya bahawa dia akan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka itu sudah cukup baginya. 

10. Tidur ketika sedang berpuasa.

Auta: Tidur orang puasa adalah ibadat.

Fakta: Memang benar terdapat hadith yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Namun, tiada satupun daripadanya yang sahih dan dapat dijadikan hujah.

sumber fakta : KOKORO-NO-HAIKU

Fakta Ajaran Sesat Kerajaan Langit Ayah Pin

Ayah Pin bergambar depan Markas Kerajaan Langit

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pe...rtolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. 

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaraya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik. 

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. 

Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. 

Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. 

Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut. Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.

Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu. 

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. 

Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini. Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. 

Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu. Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. 

Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. 

Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. 

Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. 

Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.



Hj. Lokman

19 November 2010

Fakta Menarik Tentang Wanita


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Kredit : PAKAR CINTA

Red Kangaroo


Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang.Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam. 

Motor Elektrik Terkecil

Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.

MARILAH MEROKOK !!!!

Percaya atau tidak, orang merokok ini mempunyai manfaat??
kalau kamu semua tak percaya, kamu baca ni:

1. Perokok pasif lebih berbahaya daripada perokok aktif, maka untuk mengurangkan risiko tersebut aktiflah merokok.

2. Menghindarkan diri daripada perbuatan jahat kerana tidak pernah ditemui orang yang membunuh, mencuri dan berkelahi sambil merokok.

3. Mengurangkan risiko kematian, dalam berita tidak pernah ditemui orang yang meninggal dalam posisi merokok.

4. Berbuat amal kebaikan, kalau ada orang yang mencari pemetik api..”kita hulur je walaupun tidak kenal”..

5. Boleh menambah suasana nature untuk ruangan ber AC dgn asapnya, sehingga seolah-olah berkabut.

6. Menghilangkan bau wangi-wangian ruang bagi yang alergi bau perfume.

7. Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah kerana bagi orang yang baru berjinak-jinak dgn rokok itu x mudah; batuk-batuk dan tersedak tapi tetap teruskan (bagi yg lulus).

8. Untuk penunjuk kesihatan, biasanya org yang sakit pasti dilarang utk merokok. Jadi yang merokok itu pasti orang sihat.

9. Menambah kenikmatan: pd ptg hari minum kopi dan makan pisang goreng sungguh nikmat. Lebih-lebih lagi ditambah dengan merokok!

10. Tanda kalau hari sudah pagi, kita pasti akan mendengar ayam “merokok”.

11. Anti pencuri, suara perokok yg batuk kuat di malam hari mujarab untuk menghalau penjahat.

12. Sebagai pengganti pelubang kertas ketika emergency

13. Fakta lain … kira-kira 30% orang meninggal dunia adalah perokok. 70% pula bukan perokok ..!! Jadi merokoklah agar masuk ke golongan yg 30% itu .

Fakta Air Mani Lelaki

1. Air mani adalah sumber tenaga:

Air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung. Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes. Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.


2. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki:

Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dandaging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.


3. Air mani sebagai ubat anti depresi (stress) wanita:

Air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.

4. Air mani adalah sejenis nutrisi:

Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi. Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.


5. Air mani tidak akan habis:

Lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kamera Pertama

bahwa kamera yang pertama di dunia dulu dapat bekerja baik, padahal tidak berlensa? Dan uniknya, kamera tanpa lensa ini belum juga punah, kerana masih sering dipakai hingga hari ini, kita biasa menyebutnya dengan kamera lubang jarum. Kamera tanpa lensa ini telah dipakai sejak dulu kala. Untuk menghasilkan gambar terpaksa beraksi depan kamera selama 8 jam. Pelik?

Published with Blogger-droid v2.0.4