Siri-28

  • Tangga menuju ke kuil Sumerian di Babylon (Iraq) adalah jalan bertangga yang tertua di dunia. Ia dibina lebih 5,000 tahun dahulu.

  • Sembilan haiwan paling bijak selepas manusia ialah cimpanzi, gorila, orang utan, babun, gibon, monyet, ikan paus, ikan lumba-lumba dan gajah.

  • Asia mengeluarkan 90 peratus daripada 500 juta tas beras dunia.

  • Tangan palsu lengkap dengan jari-jemari yang digerakkan oleh cogwheels dan tuil, dicipta oleh Ambrose Par berbangsa Perancis pada tahun 1551. Ia begitu berkesan sehinggakan seorang askar pasukan berkuda yang tiada tangan mampu menggenggam tali kekang kudanya dengan baik.

  • Pada kurun ke-6 Masihi, seorang penggubal perundangan Athens bernama Solon telah meluluskan suatu undang-undang yang membenarkan pihak bapa menjual anak-anak perempuan mereka yang berzina sebagai hamba abdi.

  • Seekor burung helang boleh membunuh anak rusa dan membawanya terbang.

  • Suatu kejadian gempa bumi pada 16 Disember 1811 telah menyebabkan arus Sunggai Mississippi mengalir kebelakang.

  • Sehelai bulu mata boleh tahan lebih kurang lima bulan sebelum ia gugur dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment