Siri-23

  • Jika seluruh peredaran darah dalam manusia digabungkan, maka keluasannya melebihi 2 keliling bumi.

  • Tubuh kita akan menyusut 1 cm pada malam hari dan akan kembali seperti semula kerana tulang belakang kita menahan beban pada saat tidur, sehingga melebar kembali.

  • Orang buta juga bermimpi, namun mimpinya berupa suara, rabaan, maupun getaran.

  • Ketika orang-orang zaman purba kala sakit kepala, mereka mengubatinya dengan membuat lubang di bahagian kepala yang terasa sakit.

  • Bahawa nama vanila itu diambil dari kata vagina, kerana bentuk vanila seperti vagina.

  • 75% debu dirumah kita, itu berasal dari kulit kita yang sudah mati.

Siri-22

Fakta-fakta Membingungkan
  • Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

  • Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

  • Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

  • Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

  • Bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

  • Burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

  • Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

  • Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

  • Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

  • Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Siri-21

  • Ikan lumba-lumba melompat dari dalam air untuk menjimatkan tenagai? Bergerak di udara memang lebih mudah daripada bergerak di dalam air.

  • Kehadiran orang baru, anjing, atau kucing baru di sebuah rumah dapat menyebabkan seekor kucing stress?

  • Ular memerlukan waktu 50 jam untuk mencerna seekor katak?"

  • Kos membuat film Titanic adalah AS$200 juta, sementara biaya pembuatan kapal itu sendiri sekarang adalah sekitar AS$123 juta.

  • Sebatang jagung rata-rata mempunyai enam belas baris dengan 800 butir jagung.

  • Setiap harinya seekor bayi paus kelabu meminum susu yang sama dengan 2,000 botol?"

  • Pada masa kehamilan rata-rata kandungan seorang ibu mengembang hingga 500 kali ukurannya yang normal.

  • Pada tahun 1900 kopi seringkali dihantarkan dari pintu ke pintu di Amerika Syarikat, dengan kereta kuda.

  • Sebelum terkenal sebagai bintang film, Brad Pitt pernah bekerja sebagai pegawai di restoran El Pollo Loco dengan tugas mengenakan kostum ayam.

  • Di Alaska orang dilarang membangunkan beruang yang sedang tidur dengan maksud mengambil fotonya, sementara menembak beruang adalah dibolehkan.

Siri-20

  • Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih oleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

  • Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

  • Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

  • Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

  • Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

  • Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

  • Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

  • Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

  • Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

  • Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.


Siri-19

  • Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

  • Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.

  • Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

  • Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.

  • Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

  • Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

  • Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.

  • Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

  • Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

  • Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

Siri-18


  • Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.


  • Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati. 

  • Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi. 

  • Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju. 

 

  • Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional. 

  • Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh. 

Siri-17

  • Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai. 

  • Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. 

  • Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM. 

  • Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio. 

  • Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya. 

  • Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.

  • Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan. 

  • Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari  1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti. 

  • Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia. 

  • Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

 

Siri-16

  • Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang. 

  • Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras. 

  • Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel. 

  • Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'. 

  • Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya. 

  • Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar. 

  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

  • Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut aufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya ahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian. 

  • Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan erpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

 

Siri-15


  • Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam. 


  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang. 

  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir. 

  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi. 

  • Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir kearah air terjun ini. 
 
  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit. 

  • Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg. 

  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.  

  • Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys. 

  • Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam. 


Fakta Pelik Siri-14


  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. 

  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga. 

  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan. 

  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.


  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan. 

  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

  • Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah. 


 

Fakta Pelik Siri-13

  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya. 

  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya. 

  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. 

  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.

  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter. 

  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. 

  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. 
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. 

  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius. 

  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia. 

Fakta Pelik Siri-12


  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.


  • Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi. 

  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter. 

  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza. 

  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. 


  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah. 


  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas.


  • Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur  akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. 

  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. 

Fakta Pelik Siri-11

  • Apakah yang berlaku andainya dia mengalah sedari awal?
 Ada seorang lelaki yang sangat kecewa dalam hidup. Perniagaannya gagal, kemudian kekasihnya meninggal dunia. Hatinya bertambah parah apabila terlepas jawatannya di pejabat awam sebanyak tujuh kali.
Kalau diikutkan hati, ingin saja dia membunuh diri. Tapi untuk apa? Kecewa, putus asa tidak akan mengubah keadaan. Lelaki itu terus berusaha. Berusaha dan terus berusaha. Berkat ketabahan, disiplin dan usaha tanpa jemu, akhirnya lelaki tersebut mencapai puncak kejayaannya dengan menjadi Presiden Amerika! Namanya, Abraham Lincoln. Nama lelaki ini terus dikenang sehingga kini sebagai orang yang bertanggungjawab memodenkan negara tersebut. Apakah akan berlaku andainya dia mengalah sedari awal?


  • Ini novel aku yang hilang!!!

 Pada 1973, Anthony Hopkins dipilih untuk membintangi filem yang diadaptasi daripada novel George Fiefer, The Girl From Petrovka. Bagi memudahkannya menjiwai watak yang diberikan, Hopkins mencari novel tersebut di toko-toko sepanjang Charing Cross Road, London, tetapi gagal menemuinya. 
 Setelah kecewa dan letih kerana berjalan berjam-jam lamanya, aktor terkenal itu pergi ke stesen kereta api bawah tanah di Licester untuk pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya Hopkins, ada novel tersebut di atas kerusi stesen!
 Dalam satu pertemuan antara Hopkins da Feifer tidak lama kemudian, penulis tersebut memberitahu dia sendiri tidak memiliki walau senaskhah pun novel yang ditulisnya itu. Kata Feifer, naskhah terakhir novelnya telah dipinjamkan kepada seorang kawan yang tinggal di kota London, malangnya dicuri semasa ditinggalkan dalam kereta.
 Hopkins menunjukkan novel yang dijumpainya di stesen kereta api bawah tanah, yang kebetulan turut dibawa dalam pertemuan itu.
"Hei! Inilah novel saya yang hilang tu!" jerit Feifer sambil menunjukkan nota-nota yang ditulisnya pada ruang kosong di setiap halaman novel berkenaan!.

  • Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal pemimpin.

  • Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

  • Satu hari di planet Pluto bersamaan dengan seminggu di bumi.

  • Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamannya ialah 'Mary had a little lamb'.

  • Pokok oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.

  • Pin boling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.





--
Posted By admin@facteam to [ fakta pelik & menarik ] at 1/22/2009 12:58:00 AM

Fakta Pelik Siri-10

  • Selepas makan, lalat akan memuntahkan makanan tersebut dan kemudian memakannya semula.

  • Sekiranya seekor landak dicampakkan ke dalam air, ia akan timbul.

  • Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri.

  • Buaya adalah binatang yang ganas akan tetapi kelemahannya ialah tidak boleh berjalan mengundur kebelakang.

  • Binatang Iguana boleh berada didalam air selama 28 minit.

  • Tenggiling lebih suka memakan anai-anai daripada semut.

  • Mana-mana lebah betina boleh menjadi lebah permaisuri asalkan ia boleh menghasilkan madu.

  • Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja.




Fakta Pelik Siri-9

  • Orang dewasa biasanya diserang selesema dua hingga empat kali setahun.

  • Sepuluh ekor virus sudah cukup untuk memulakan selesema.

  • Partikel yang tersembur semasa bersin berkelajuan 165 kilometer sejam dan boleh mencapai empat meter jauhnya.

  • Selesema tidak menyebabkan demam kecuali pada kanak-kanak.

  • Terdedah pada cuaca sejuk tidak meningkatkan risiko diserang selesema, tapi kepenatan dan stress, ya..

  • Selesema tidak boleh diubati dengan antibiotik kerana ia bukan berpunca daripada bakteria.

Fakta Pelik Siri-8

  • Dubuk adalah satu-satunya binatang yang boleh ketawa macam manusia.

  • Zirafah boleh melihat ke belakang tanpa menolehkan kepalanya. Bagaimanapun, ia tidak boleh mengeluarkan bunyi yang jelas biarpun lidahnya panjang.

  • Unta tidak tahu berenang, ia akan lemas kalau terjatuh ke dalam air.

  • Kucing mengesan arah jalannya menggunakan misai.

  • Burung reng boleh terbang setinggi 9,144 meter (30,000 kaki).

  • Istimewanya semut, serangga itu akan pergi ke tempat yang jauh, yang tidak pernah dijejakinya. Tapi boleh pulang semula ke tempat asalnya dengan membawa makanan untuk semut-semut lain.

  • Paus biru, haiwan terbesar di dunia yang boleh mencapai berat 304,815 kilogram (300 tan) sama berat dengan 24 ekor gajah, 92 ekor kuda, 150 ekor sapi dan 450 ekor singa!.

  • Helang boleh terbang selaju 99 kilometer sejam (km/j) manakala merpati pula selaju 62 km/j.

  • Main piano selama 40 tahun.
Selepas menyudahkan persembahannya, pemuzik dan pengubah lagu terkenal, Beethoven dikelilingi oleh para peminatnya. mereka berebut-rebut mengucapkan tahniah, melahirkan rasa kagum di atas kemerduan lagu ciptaannya. Tidak kurang juga yang meminta tandatangan serta memberi hadiah.

"Alangkah bagusnya kalau Tuhan kurniakan saya dengan kebolehan macam tuan," kata seorang wanita pada Beethoven.

Pemuzik itu membalas, "Awak kata kebolehan saya bermain muzik adalah anugerah Tuhan. Betul tu, tapi ingat, awak juga boleh dianugerahkan dengan kebolehan tersebut. Dengan syarat, berlatih main piano lapan jam sehari selama 40 tahun. Itu sudah memadai untuk jadi macam saya."


Fakta Pelik Siri-7

  • Satu-satunya makanan yang tidak akan basi sampai bila-bila ialah madu.

  • Tempat paling lembab di dunia ialah Tulunendo, Columbia, Amerika Selatan. Ia menerima 11,770 miloimeter hujan setahun.

  • India mengeluarkan 146 juta tan buah-buahan dan sayuran setiap tahun, menjadikannya pengeluar kedua terbesar di dunia selepas China.

  • Manusia ke-5 bilion lahir di Zagreb, Croatia pada Julai 1987. Hari itu diisytiharkan sebagai Hari 5 Bilion.

  • Setitik air mengandungi 1.7 quintillion (1,700,000,000,000,000,000) molekul.

  • "Kalaulah aku dilatih dalam bidang teknikal, dah lama aku menyerah kalah," kata King Gillete selepas berjaya mencipta pisau cukur - setelah berusaha tanpa jemu lapan tahun!

  • Nyamuk adalah pembawa penyakit berbahaya. Tahukah anda nyamuk juga mempunyai 47 batang gigi.

Fakta Pelik Siri-6

  • Fakta ini sangat menakjubkan. Lima bulan diperlukan untuk menyampaikan berita tentang pelayaran Christoper Colombus kepada Queen Isabella di Sepanyol, dua bulan barulah sampai berita pembunuhan Abraham Lincoln ke Eropah, tapi hanya 1.3 saat saja diperlukan untuk membolehkan suara Neil Armstrong (yang sedang berada di bulan) sampai ke telinga manusia di bumi! Begitulah hebatnya teknologi.

  • Suatu ketika dahulu para penduduk kampung terpencil di Amerika Tengah amat takut kepada coklat. Mereka anggap coklat mempunyai kuasa ghaib yang boleh menarik minat syaitan dan kuasa-kuasa ghaib jahat. Akibat kepercayaan itu, pada abad ke-18, tiada sesiapa di kalangan mereka yang berumur di bawah 60 tahun dibenarkan minum air coklat. Orang-orang alim yang melanggar peraturan tersebut akan dipulaukan.

  • Air terjun buatan manusia yang paling besar di dunia terletak di Guinlin, selatan China, iaitu 72 meter lebar dan 45 meter tinggi. 

  • Ratu Elizabeth, permaisuri Britain yang meninggal dunia dalam usia 101 tahun pada 2002 adalah juga maharani terakhir bagi negara India.

  • Siapa Mulakan Sambutan Tahun Baru?
Menjelang 1 Januari, kita pun menyambutnya dengan perayaan besar-besaran. Ia telah menjadi semacam satu tradisi bagi seluruh penduduk planet bumi. Bilakah agaknya aktiviti ini dimulakan? Sesetengah sejarawan mengatakan orang-orang Cinalah yang mula-mula sekali melakukannya., sebahagian yang lain pula mengatakan orang Jerman kuno manakala kelompok sejarawan ketiga mengatakan orang Romawi.

Kita tahu bahawa orang Cina selalu mengadakan pesta besar untuk merayakan tahun baru mereka yang datang beberapa minggu setelah Tahun Baru Masihi. Pesta Tahun Baru Cina berlangsung beberapa hari. Orang Jerman kuno pula mengadakan sambutan tahun baru kerana perubahan musim. Musim dingin di Jerman bermula sekitar pertengahan November dan ini adalah saat yang paling baik untuk mengadakan majlis atau perayaan kerana ia menandakan bermulanya masa untuk beristirehat selepas penat bekerja. Maka mereka bergembira dan mengadakan perayaan besar. Walaupun ketika itu bulan November, mereka menganggapnya sebagai awal tahun yang baru.

Apabila orang Romawi mengalahkan bangsa Eropah, mereka mengubah masa perayaan ini tanggal 1 Januari. Bagi mereka, kedatangan tahun baru adalah simbol permulaan satu kehidupan baru dengan membawa harapan yang baru juga. Kelaziman ini terus bertahan sampai sekarang dengan menanam azam baru supaya ia menjadi titik mula kepada satu kehidupan baru yang bermakna dalam hidup kita.


  • Legenda menyebut Monalisa adalah wanita bernama Lisa Gherardini, isteri Francesco del Giocodo, seorang pembesar Florence, Itali. Bagaimanapun apabila potret isterinya itu siap pada 1503, Francesco enggan membayar walau sesen pun kepada Leonardo da Vinci sebab dia tidak sukakan lukisan tersebut. Malah dia tidak ambil pun lukisan berkenaan. Hanya 10 tahun kemudian barulah lukisan itu dibeli oleh Francis I, Raja Perancis dengan harga 492 aun emas (kira-kira AS$300,000 nilai sekarang). Kini potret yang dibenci oleh suami Monalisa itu bernilai lebih AS$100 juta!....



Fakta Pelik Siri-5

  • Siapakah yang menciptakan mancis?

John Walker, ahli kimia yang tinggal di Stockton-on-tees, England dipercayai orang yang pertama mencipta mancis batang seperti yang ada sekarang. Dia tidak pernah mendedahkan komposisi bahan kimia yang digunakannya tapi mula menjual batang-batang mancis itu di kedainya pada 7 April 1827. Harganya satu syiling untuk 50 batang dan dua pens bagi kotaknya. Untuk memercikkan api, seseorang itu perlu mencarik batang mancis pada kertas pasir yang dilipat.

Mancis dicipta oleh tahanan politik bernama Ludwig Kamerer, yang dipenjarakan dalam sebuah sel gelap dalam tanah di Istana Hohensperg dekat Karlsruhe, Jerman. Dikatakan Kamerer memperuntukkan masanya di dalam kurungan yang gelap itu dengan membuat pelbagai ujian dan secara tidak sengaja mendapati geseran posporus dengan sulfur boleh menghasilkan api. Bagaimanapun tidak diketahui tarikh tepat mancis ini dicipta.

Ada juga yang beranggapan mancis mula dicipta oleh ahli kimia Hungary bernama Janos Irinyi. Bagaimanapun, dia kemudian menjual hasil ciptaannya itu dengan harga yang murah. Janos seterusnya membuat kilang mancis tetapi mati pada 1895 dalam keadaan papa kedana.


  • Runtuhan Kota Atlantis Sudah Ditemui?
Pada Mei 2001, seorang jurutera marin yang sedang menjalankan kajian sonar di perairan Cuba telah menemui ketulan batu-batu aneh 2,000 kaki di dasar laut. Ketulan itu hampir sama saiz dan bentuknya, tersusun rapi seperti sebuah kota. Naik ke permukaan, beliau melaporkan kepada ketuanya. Lebih ramai penyelam dihantar untuk memeriksa batu-batu tersebut. Timbul satu andaian: adakah ia runtuhan kota Atlantis yang lenyap ditelan bumi? Kajian terus dijalankan sehingga kini tapi belum ada yang berani mengesahkannya.

Beberapa tahun sebelum itu, para penyelam pernah menemui struktur batu-batu ganjil di luar pesisir kepulauan Bimini, dekat Bahamas. Penemuan ini mengemparkan dunia dan ramai beranggapan ia merupakan puing-puing Kota Atlantis yang dicari-cari sejak sekalian lama. Batu-batu itu tersusun rapi membentuk tembok panjang.

Berlainan dengan tanggapan sejarawan, pakar geologi mengatakan struktur itu bukanlah aneh. Ia boleh terbentuk melalui proses semula jadi, cuma jarang berlaku. Mana satu yang betul?

  • Kalaulah Orang Tua Itu Mengalah.....
Seorang veteran Perang Dunia Pertama terhegeh-hegeh menawarkan resepi masakan kegemaran keluarganya kepada seorang kaya yang difikirkan dapat memberinya modal untuk membuka sebuah restoran. Kemudian restoran itu akan dikembangkan kepada berpuluh-puluh, beratus-ratus, kemudian beribu-ribu cawangan. Itu cadangannya, tapi malang, orang kaya itu tidak tertarik langsung.

Veteran perang itu membawa resipi dan idea tersebut kepada orang kaya lain pula. Pun ditolak mentah-mentah. Bertahun-tahun dia berusaha, lebih daripada 1,000 orang menolak ideanya tapi orang tua itu terus berusaha, hinggalah akhirnya diterima oleh seorang pemodal. Lalu bermulalah legenda sebuah restoran. Dalam waktu yang singkat saja resepi veteran perang itu terus menjadi popular dan restorannya membuka cawangan demi cawangan, dari puluh meningkat ratus, kemudian menjadi ribu, sama yang diimpikannya. Bayangkan kalau Kolonel Sanders memutuskan untuk mengalah saja apabila orang kaya yang ke-999 menolak resepi dan ideanya, tentu hari ini kita tidak akan mengenal Kentucky Fried Chicken.









Fakta Pelik Siri-4

  • Antara lalat dan lebah.

Lebah sedia berkorban demi menjaga sarangnya, yang menjadi tempat perlindungan keluarga, rakan dan ketuanya. Kehidupan yang murni itu tidak akan kita jumpa pada lalat - sejenis serangga pengotor.

Perhatikan lebah. Mereka hidup aman damai dalam sarangnya Tiada hasad dengki dan pentingkan diri sendiri. Lebah sentiasa bekerja dan hasilnya dirasai semua anggota kumpulan.

Antara lebah dan lalat, cukup banyak perbezaannya. Lalat hidup dan bertenggek pada benda-benda kotor seperti sampah dan bangkai. Ia membawa penyakit. Tapi dunia lebah hanya berkisar di antara sarang dengan bunga-bungaan mekar. Haiwan kecil itu memberi kita ubat, makanan dan kebahagiaan.


  • Semuanya pada hari Jumaat!... Geaorge Washington lahir pada hari Jumaat, dipilih menjadi ketua komander tentera pada hari Jumaat, menang kerusi Yorktown pada hari Jumaat, dipilih menjadi Presiden Amerika pada hari Jumaat, melantik menteri kabinetnya yang pertama, Alexander Hamilton, pada hari Jumaat, meletakkan batu asas pembinaan White House - kediaman rasmi Presiden AS pada hari Jumaat dan menyempurnakan penggal terakhir presidennya pada hari Jumaat. Semuanya Jumaat!!!

  • Seorang sahabat Julius Caesar menasihatkan beliau supaya tidak berjalan di tengah ramai tanpa senjata atau pengawal. Begini jawapan Caesar, " Orang yang takutkan mati akan sentiasa rasa hidupnya terseksa. Aku juga akan mati, tapi sekali saja."

  • Penulis England, Oscar Wilde terkenal sebagai orang yang suka meninggi diri. Semasa bekunjung ke Amerika, dia telah ditanya oleh pegawai kastam yang memeriksa barang-barang yang dibawanya ke negara itu, "Ada apa-apa lagi yang encik nak isytiharkan?" "Tak ada," jawab Oscar Wilde, "kecuali kebijaksaanku ini."

  • Suatu hari Abraham Lincoln, Presiden Amerika yang ke-16 ditanya oleh sahabatnya; "Semasa mengunjungi Air Terjun Niagara pada kali pertama, apa yang paling mengagumkan tuan?" Jawab Abraham Lincoln, "Benda yang paling saya kagum ialah dari mana datangnya air yang banyak itu?"






Fakta Pelik Siri-3


  • Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing. Sementara itu, seorang lagi penakluk agung, Napoleon Bonaparte mempunyai orang gaji khas yang tugasnya setiap hari ialah memastikan tidak ada kucing di dalam kasut maharaja Perancis itu, sebelum beliau memakainya. Napoleon sebenarnya takut kepada kucing.

  • Semua cecair yang bergerak bebas di udara akan mengubah bentuknya menjadi bulat. Ini berlaku akibat tekanan yang dialami di setiap pemukaannya.

  • Lebih kurang 98 peratus perisian komputer di China adalah tiruan.

  • Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke sebelah barat.

  • Gerard Hommel sudah enam kali mendaki Gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahayanya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.

  • Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya, untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bebola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.

  •  Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

  • Kedudukan awan adalah lebih tinggi pada siang hari dibandingkan pada waktu malam.

  • Air merupakan sumber utama kehidupan. tahukah anda air hujan jatuh ke bumi dengan kelajuan 11 kilometer sejam. 

  • Pokok buluh boleh memanjang setinggi 90 sentimeter setiap hari.

  • Molekul air akan bergerak sepantas peluru rifel pada suhu bilik.

  • Apa yang anda tahu tentang Alexander the Great? Dia sebenarnya juga menghidap penyakit sawan. Manakala Alfred Hitchcock tidak mempunyai pusat.

Fakta Pelik Siri-2

  • Drama pertama yang pernah dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 sebelum Masihi. Ini bermakna lebih 5,000 tahun yang lalu. Skrip drama tersebut telah dijumpai oleh seorang arkeologi di Luxor, Mesir pada tahun 1895 yang ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan sehingga kini.

  • Lohong semula jadi yang terletak di Kaveri, daerah Deewa, Madhya Pradesh, India merupakan lohong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 300 meter dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang semula jadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luar biasa.

  • King Richard II dari England (1367 - 1400) adalah orang pertama yang menggunakan sapu tangan di dunia. Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan lubang hidungnya.

  • Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah huruf 'E' manakala 'Q' adalah huruf yang paling kurang digunakan. Kalau tak percaya , beli surat akhbar berbahasa Inggeris dan semaklah sendiri.

  • Seorang kanak-kanak boleh menghabiskan banyak masa untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui TV. Tetapi purata seorang kanak-kanak menghabiskan masanya menonton TV adalah kira-kira 28 jam seminggu, iaitu sama banyak dengan masa mereka di sekolah.

  • Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion!

  • Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menjadi manusia yang paling berjaya di dunia apabila mencipta telefon pada masa itu. Bagaimanapun, dia tidak pernah menggunakan telefon untuk berhubung untuk berhubung dengan isteri dan ibunya sebab mereka berdua pekak.

  • 'Rhythm' dan 'syzygy' adalah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Inggeris tanpa huruf vokal.

  • Pada sepanjang masa, terdapat 18,000 kilat yang masih dalam proses pembentukan di atas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt! Satu lagi fakta berkaitan bumi; Satu batu (1.6 kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit, sebenarnya dihasilkan oleh kurang daripada segelen air.

  • Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 darjah atau kurang, di atas garis horizon.

  • Tahukah anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.
 

Siri-1

  • Maka bumi pun menjadi bulat

Ahli falsafah Greek, annximander adalah orang yang pertama sekali menafikan bumi ini rata. Lelaki itu mengemukakan pendapatnya bahawa bumi ini bulat, pada 560 Sebelum Masihi (SM). Ideanya itu mulanya ditentang oleh golongan cendikiawan dan agama, tapi akhirnya sedikit demi sedikit mendapat sokongan masyarakat.

Pada 350 SM, konsep bumi ini bulat semakin diterima umum, cuma mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh. Bukti yang dicari-cari itu hanya menjelma 18 kurun selepas itu apabila Ferdinand de Magellan melengkapkan misi pelayarannya mengelilingi bumi. Pada ketika itu, tiada siapa lagi meragui bahawa bumi ini bulat, ia tidak ada penghujungnya.

  • Air terjun tertinggi di dunia berada di Venezuela (Amerika Selatan) dengan ketinggian 988.31 meter. Ia 18 kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara di Kanada (Amerika Utara)

  • Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Untuk pengetahuan anda, seekor landak dewasa mempunyai lebih 30,000 duri di seluruh tubuhnya.

  • Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya sama ada kain merah atau kuning.

  • Seekor rama-rama merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum mengunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada kakinya.

  • Nama Kanggaru terhasil bila beberapa pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat di hadapan mereka. Bila ditanya pada Orang Asli di sana, apa nama binatang itu, Orang Asli tersebut menjawab 'Kanguru' (bermaksud 'tak tahu'). Kanggaru tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ini kerana ekornya berfungsi sebagai tongkat semasa melompat.

  • Nama tempat paling singkat di dunia terdapat di Francis dan Jepun. Tempat tersebut hanya menggunakan satu huruf sahaja iaitu 'Y' dan 'O'. Tetapi tahukah anda, nama terpanjang didunia pula di sebuah bukit di New Zealand iaitu 'Taumataw hakatangi ihangakoau auotama teaturipukak pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu'.