Fakta Pelik Siri-13
- Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
- Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
- Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
- Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.
- Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
- Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
- Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
- Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
- Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
- Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
No comments:
Post a Comment