Fakta Pelik Siri-4

  • Antara lalat dan lebah.

Lebah sedia berkorban demi menjaga sarangnya, yang menjadi tempat perlindungan keluarga, rakan dan ketuanya. Kehidupan yang murni itu tidak akan kita jumpa pada lalat - sejenis serangga pengotor.

Perhatikan lebah. Mereka hidup aman damai dalam sarangnya Tiada hasad dengki dan pentingkan diri sendiri. Lebah sentiasa bekerja dan hasilnya dirasai semua anggota kumpulan.

Antara lebah dan lalat, cukup banyak perbezaannya. Lalat hidup dan bertenggek pada benda-benda kotor seperti sampah dan bangkai. Ia membawa penyakit. Tapi dunia lebah hanya berkisar di antara sarang dengan bunga-bungaan mekar. Haiwan kecil itu memberi kita ubat, makanan dan kebahagiaan.


  • Semuanya pada hari Jumaat!... Geaorge Washington lahir pada hari Jumaat, dipilih menjadi ketua komander tentera pada hari Jumaat, menang kerusi Yorktown pada hari Jumaat, dipilih menjadi Presiden Amerika pada hari Jumaat, melantik menteri kabinetnya yang pertama, Alexander Hamilton, pada hari Jumaat, meletakkan batu asas pembinaan White House - kediaman rasmi Presiden AS pada hari Jumaat dan menyempurnakan penggal terakhir presidennya pada hari Jumaat. Semuanya Jumaat!!!

  • Seorang sahabat Julius Caesar menasihatkan beliau supaya tidak berjalan di tengah ramai tanpa senjata atau pengawal. Begini jawapan Caesar, " Orang yang takutkan mati akan sentiasa rasa hidupnya terseksa. Aku juga akan mati, tapi sekali saja."

  • Penulis England, Oscar Wilde terkenal sebagai orang yang suka meninggi diri. Semasa bekunjung ke Amerika, dia telah ditanya oleh pegawai kastam yang memeriksa barang-barang yang dibawanya ke negara itu, "Ada apa-apa lagi yang encik nak isytiharkan?" "Tak ada," jawab Oscar Wilde, "kecuali kebijaksaanku ini."

  • Suatu hari Abraham Lincoln, Presiden Amerika yang ke-16 ditanya oleh sahabatnya; "Semasa mengunjungi Air Terjun Niagara pada kali pertama, apa yang paling mengagumkan tuan?" Jawab Abraham Lincoln, "Benda yang paling saya kagum ialah dari mana datangnya air yang banyak itu?"






No comments:

Post a Comment