Kereta Nissan

Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23.

Mata

Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita bisa berkedip 5kali dalam sedetik.

Hebat Tentang Tikus

Tikus DAPAT bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

Logo Seven-up


Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.

Ingin Tahu Tentang Rambut


~ Lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari dan wanita 70 helai.

~ Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 hingga 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru.

Mekap Wanita


Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan

Coca Cola


Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

Ubi Kentang


Sungguhpun para penjelajah membawa pulang ubi kentang dari Dunia Baru pada awal tahun 1500, orang Eropah takut untuk memakannya kerana bimbang dijangkiti penyakit kusta. Kepercayaan karut ini berakhir apabila Louis XVI (Raja Perancis 1774-92), yang sedang mencari sumber makanan murah untuk diberikan kepada pembantu-pembantunya yang kelaparan telah menghidangkan kentang untuk mereka. Sejak itu orang ramai yakin makan ubi kentang itu selamat.

Argent Perak

Walaupun nama Argentina bermakna 'Bumi Perak' (argent bererti perak), sebenarnya terdapat sedikit sahaja perak di negara tersebut. Ia berlaku akibat para penjelajah yang menyangkakan mereka melihat banyak perak di Argentina.

Lembu Tenusu

Hampir tiada pengecualian, lembu-lembu diperah susunya di sebelah kanan. Sebabnyaialah sejak perusahaan tenusu bermula, kebanyakan penternak menggunakan tangan kanan. Satu lagi alasan, adalah lebih mudah untuk orang menggunakan tangan kanan itu menjalankan kerja memerah dari sebelah kanan juga.

Sang Bedal


Buaya boleh hidup lebih 100 tahun.

Abjad Semitik Utara

Semua abjad-abjad utama di dunia ini telah dikembangkan daripada satu abjad yang dicipta 3,600 tahun dahulu di Timur Tengah. Ia dikenali sebagai Abjad Semitik Utara.

Bulan

Kesemua bulan dalam sistem solar kita dinamakan sempena mitos Greek dan Roman, kecuali bulan-bulan di sekeliling planet Uranus yang dinamakan mengikut watak-watak dalam drama Shakespeare.

Gajah

  • Seekor gajah mampu menghidu bau air yang terletak sejauh lima kilometer darinya.
  • Gajah boleh membawa sehingga 7.5 liter air dalam belalainya.
  • Seekor gajah boleh makan sehingga 225 kilogram rumput kering dan 225 liter air dalam sehari.
  • Belalai gajah mengandungi lebih daripada 50,000 otot-otot.
  • Sesetengah masyarakat kampung di selatan tanah air menggelar gajah dengan nama 'orang kuat'. Mereka takut menyebut perkataan gajah kerana bimbang haiwan itu 'dapat mendengarnya' dan akan datang ke tempat itu, kemudian menyerang orang yang menyebut perkataan gajah tadi.

Siri-28

  • Tangga menuju ke kuil Sumerian di Babylon (Iraq) adalah jalan bertangga yang tertua di dunia. Ia dibina lebih 5,000 tahun dahulu.

  • Sembilan haiwan paling bijak selepas manusia ialah cimpanzi, gorila, orang utan, babun, gibon, monyet, ikan paus, ikan lumba-lumba dan gajah.

  • Asia mengeluarkan 90 peratus daripada 500 juta tas beras dunia.

  • Tangan palsu lengkap dengan jari-jemari yang digerakkan oleh cogwheels dan tuil, dicipta oleh Ambrose Par berbangsa Perancis pada tahun 1551. Ia begitu berkesan sehinggakan seorang askar pasukan berkuda yang tiada tangan mampu menggenggam tali kekang kudanya dengan baik.

  • Pada kurun ke-6 Masihi, seorang penggubal perundangan Athens bernama Solon telah meluluskan suatu undang-undang yang membenarkan pihak bapa menjual anak-anak perempuan mereka yang berzina sebagai hamba abdi.

  • Seekor burung helang boleh membunuh anak rusa dan membawanya terbang.

  • Suatu kejadian gempa bumi pada 16 Disember 1811 telah menyebabkan arus Sunggai Mississippi mengalir kebelakang.

  • Sehelai bulu mata boleh tahan lebih kurang lima bulan sebelum ia gugur dengan sendirinya.