Gajah

  • Seekor gajah mampu menghidu bau air yang terletak sejauh lima kilometer darinya.
  • Gajah boleh membawa sehingga 7.5 liter air dalam belalainya.
  • Seekor gajah boleh makan sehingga 225 kilogram rumput kering dan 225 liter air dalam sehari.
  • Belalai gajah mengandungi lebih daripada 50,000 otot-otot.
  • Sesetengah masyarakat kampung di selatan tanah air menggelar gajah dengan nama 'orang kuat'. Mereka takut menyebut perkataan gajah kerana bimbang haiwan itu 'dapat mendengarnya' dan akan datang ke tempat itu, kemudian menyerang orang yang menyebut perkataan gajah tadi.

No comments:

Post a Comment