Fakta Pelik Siri-11

  • Apakah yang berlaku andainya dia mengalah sedari awal?
 Ada seorang lelaki yang sangat kecewa dalam hidup. Perniagaannya gagal, kemudian kekasihnya meninggal dunia. Hatinya bertambah parah apabila terlepas jawatannya di pejabat awam sebanyak tujuh kali.
Kalau diikutkan hati, ingin saja dia membunuh diri. Tapi untuk apa? Kecewa, putus asa tidak akan mengubah keadaan. Lelaki itu terus berusaha. Berusaha dan terus berusaha. Berkat ketabahan, disiplin dan usaha tanpa jemu, akhirnya lelaki tersebut mencapai puncak kejayaannya dengan menjadi Presiden Amerika! Namanya, Abraham Lincoln. Nama lelaki ini terus dikenang sehingga kini sebagai orang yang bertanggungjawab memodenkan negara tersebut. Apakah akan berlaku andainya dia mengalah sedari awal?


  • Ini novel aku yang hilang!!!

 Pada 1973, Anthony Hopkins dipilih untuk membintangi filem yang diadaptasi daripada novel George Fiefer, The Girl From Petrovka. Bagi memudahkannya menjiwai watak yang diberikan, Hopkins mencari novel tersebut di toko-toko sepanjang Charing Cross Road, London, tetapi gagal menemuinya. 
 Setelah kecewa dan letih kerana berjalan berjam-jam lamanya, aktor terkenal itu pergi ke stesen kereta api bawah tanah di Licester untuk pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya Hopkins, ada novel tersebut di atas kerusi stesen!
 Dalam satu pertemuan antara Hopkins da Feifer tidak lama kemudian, penulis tersebut memberitahu dia sendiri tidak memiliki walau senaskhah pun novel yang ditulisnya itu. Kata Feifer, naskhah terakhir novelnya telah dipinjamkan kepada seorang kawan yang tinggal di kota London, malangnya dicuri semasa ditinggalkan dalam kereta.
 Hopkins menunjukkan novel yang dijumpainya di stesen kereta api bawah tanah, yang kebetulan turut dibawa dalam pertemuan itu.
"Hei! Inilah novel saya yang hilang tu!" jerit Feifer sambil menunjukkan nota-nota yang ditulisnya pada ruang kosong di setiap halaman novel berkenaan!.

  • Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal pemimpin.

  • Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

  • Satu hari di planet Pluto bersamaan dengan seminggu di bumi.

  • Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamannya ialah 'Mary had a little lamb'.

  • Pokok oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.

  • Pin boling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.





--
Posted By admin@facteam to [ fakta pelik & menarik ] at 1/22/2009 12:58:00 AM

No comments:

Post a Comment