Fakta Pelik Siri-6

  • Fakta ini sangat menakjubkan. Lima bulan diperlukan untuk menyampaikan berita tentang pelayaran Christoper Colombus kepada Queen Isabella di Sepanyol, dua bulan barulah sampai berita pembunuhan Abraham Lincoln ke Eropah, tapi hanya 1.3 saat saja diperlukan untuk membolehkan suara Neil Armstrong (yang sedang berada di bulan) sampai ke telinga manusia di bumi! Begitulah hebatnya teknologi.

  • Suatu ketika dahulu para penduduk kampung terpencil di Amerika Tengah amat takut kepada coklat. Mereka anggap coklat mempunyai kuasa ghaib yang boleh menarik minat syaitan dan kuasa-kuasa ghaib jahat. Akibat kepercayaan itu, pada abad ke-18, tiada sesiapa di kalangan mereka yang berumur di bawah 60 tahun dibenarkan minum air coklat. Orang-orang alim yang melanggar peraturan tersebut akan dipulaukan.

  • Air terjun buatan manusia yang paling besar di dunia terletak di Guinlin, selatan China, iaitu 72 meter lebar dan 45 meter tinggi. 

  • Ratu Elizabeth, permaisuri Britain yang meninggal dunia dalam usia 101 tahun pada 2002 adalah juga maharani terakhir bagi negara India.

  • Siapa Mulakan Sambutan Tahun Baru?
Menjelang 1 Januari, kita pun menyambutnya dengan perayaan besar-besaran. Ia telah menjadi semacam satu tradisi bagi seluruh penduduk planet bumi. Bilakah agaknya aktiviti ini dimulakan? Sesetengah sejarawan mengatakan orang-orang Cinalah yang mula-mula sekali melakukannya., sebahagian yang lain pula mengatakan orang Jerman kuno manakala kelompok sejarawan ketiga mengatakan orang Romawi.

Kita tahu bahawa orang Cina selalu mengadakan pesta besar untuk merayakan tahun baru mereka yang datang beberapa minggu setelah Tahun Baru Masihi. Pesta Tahun Baru Cina berlangsung beberapa hari. Orang Jerman kuno pula mengadakan sambutan tahun baru kerana perubahan musim. Musim dingin di Jerman bermula sekitar pertengahan November dan ini adalah saat yang paling baik untuk mengadakan majlis atau perayaan kerana ia menandakan bermulanya masa untuk beristirehat selepas penat bekerja. Maka mereka bergembira dan mengadakan perayaan besar. Walaupun ketika itu bulan November, mereka menganggapnya sebagai awal tahun yang baru.

Apabila orang Romawi mengalahkan bangsa Eropah, mereka mengubah masa perayaan ini tanggal 1 Januari. Bagi mereka, kedatangan tahun baru adalah simbol permulaan satu kehidupan baru dengan membawa harapan yang baru juga. Kelaziman ini terus bertahan sampai sekarang dengan menanam azam baru supaya ia menjadi titik mula kepada satu kehidupan baru yang bermakna dalam hidup kita.


  • Legenda menyebut Monalisa adalah wanita bernama Lisa Gherardini, isteri Francesco del Giocodo, seorang pembesar Florence, Itali. Bagaimanapun apabila potret isterinya itu siap pada 1503, Francesco enggan membayar walau sesen pun kepada Leonardo da Vinci sebab dia tidak sukakan lukisan tersebut. Malah dia tidak ambil pun lukisan berkenaan. Hanya 10 tahun kemudian barulah lukisan itu dibeli oleh Francis I, Raja Perancis dengan harga 492 aun emas (kira-kira AS$300,000 nilai sekarang). Kini potret yang dibenci oleh suami Monalisa itu bernilai lebih AS$100 juta!....



No comments:

Post a Comment