Fakta Pelik Siri-2

  • Drama pertama yang pernah dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 sebelum Masihi. Ini bermakna lebih 5,000 tahun yang lalu. Skrip drama tersebut telah dijumpai oleh seorang arkeologi di Luxor, Mesir pada tahun 1895 yang ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan sehingga kini.

  • Lohong semula jadi yang terletak di Kaveri, daerah Deewa, Madhya Pradesh, India merupakan lohong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 300 meter dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang semula jadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luar biasa.

  • King Richard II dari England (1367 - 1400) adalah orang pertama yang menggunakan sapu tangan di dunia. Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan lubang hidungnya.

  • Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah huruf 'E' manakala 'Q' adalah huruf yang paling kurang digunakan. Kalau tak percaya , beli surat akhbar berbahasa Inggeris dan semaklah sendiri.

  • Seorang kanak-kanak boleh menghabiskan banyak masa untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui TV. Tetapi purata seorang kanak-kanak menghabiskan masanya menonton TV adalah kira-kira 28 jam seminggu, iaitu sama banyak dengan masa mereka di sekolah.

  • Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion!

  • Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menjadi manusia yang paling berjaya di dunia apabila mencipta telefon pada masa itu. Bagaimanapun, dia tidak pernah menggunakan telefon untuk berhubung untuk berhubung dengan isteri dan ibunya sebab mereka berdua pekak.

  • 'Rhythm' dan 'syzygy' adalah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Inggeris tanpa huruf vokal.

  • Pada sepanjang masa, terdapat 18,000 kilat yang masih dalam proses pembentukan di atas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt! Satu lagi fakta berkaitan bumi; Satu batu (1.6 kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit, sebenarnya dihasilkan oleh kurang daripada segelen air.

  • Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 darjah atau kurang, di atas garis horizon.

  • Tahukah anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.
 

No comments:

Post a Comment