Siri-1

  • Maka bumi pun menjadi bulat

Ahli falsafah Greek, annximander adalah orang yang pertama sekali menafikan bumi ini rata. Lelaki itu mengemukakan pendapatnya bahawa bumi ini bulat, pada 560 Sebelum Masihi (SM). Ideanya itu mulanya ditentang oleh golongan cendikiawan dan agama, tapi akhirnya sedikit demi sedikit mendapat sokongan masyarakat.

Pada 350 SM, konsep bumi ini bulat semakin diterima umum, cuma mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh. Bukti yang dicari-cari itu hanya menjelma 18 kurun selepas itu apabila Ferdinand de Magellan melengkapkan misi pelayarannya mengelilingi bumi. Pada ketika itu, tiada siapa lagi meragui bahawa bumi ini bulat, ia tidak ada penghujungnya.

  • Air terjun tertinggi di dunia berada di Venezuela (Amerika Selatan) dengan ketinggian 988.31 meter. Ia 18 kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara di Kanada (Amerika Utara)

  • Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Untuk pengetahuan anda, seekor landak dewasa mempunyai lebih 30,000 duri di seluruh tubuhnya.

  • Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya sama ada kain merah atau kuning.

  • Seekor rama-rama merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum mengunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada kakinya.

  • Nama Kanggaru terhasil bila beberapa pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat di hadapan mereka. Bila ditanya pada Orang Asli di sana, apa nama binatang itu, Orang Asli tersebut menjawab 'Kanguru' (bermaksud 'tak tahu'). Kanggaru tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ini kerana ekornya berfungsi sebagai tongkat semasa melompat.

  • Nama tempat paling singkat di dunia terdapat di Francis dan Jepun. Tempat tersebut hanya menggunakan satu huruf sahaja iaitu 'Y' dan 'O'. Tetapi tahukah anda, nama terpanjang didunia pula di sebuah bukit di New Zealand iaitu 'Taumataw hakatangi ihangakoau auotama teaturipukak pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu'.

No comments:

Post a Comment